Wednesday 25 May 2011

Taklimat Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT)


Pendaftaran Peserta Bengkel

Pada 15 Mei 2011 bersamaan dengan 11
Jamadilakhir 1432H, satu taklimat Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT) telah diadakan. Taklimat yang diadakan merupakan  satu bengkel yang melibatkan semua pengarah agensi/jabatan dan merupakan taklimat BKBT siri ke-4 semenjak ianya diperkenalkan. Ianya diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim dan majlis pembukaan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Dato' Hj. Mohd Aiseri b. Haji Alias yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Majlis penutupan bengkel yang pertama pula dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), iaitu Haji Shafie b. Ismail. Bengkel yang diadakan adalah berkenaan pembentangan 4 strategi utama BKBT. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.
Perasmian Pembukaan dan Kata-Kata Aluan oleh Dato' Seri Setia Raja,
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Penceramah, En.Roslan B. Ludin sedang menyampaikan salah satu daripada
4 strategi utama BKBT iaitu Hubungan yang Harmoni.

Suasana ketika bengkel sedang berlangsung

 Para peserta tekun mendengar taklimat yang
sedang disampaikan oleh penceramah.