Wednesday 25 May 2011

Taklimat Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT)


Pendaftaran Peserta Bengkel

Pada 15 Mei 2011 bersamaan dengan 11
Jamadilakhir 1432H, satu taklimat Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT) telah diadakan. Taklimat yang diadakan merupakan  satu bengkel yang melibatkan semua pengarah agensi/jabatan dan merupakan taklimat BKBT siri ke-4 semenjak ianya diperkenalkan. Ianya diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim dan majlis pembukaan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Dato' Hj. Mohd Aiseri b. Haji Alias yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Majlis penutupan bengkel yang pertama pula dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), iaitu Haji Shafie b. Ismail. Bengkel yang diadakan adalah berkenaan pembentangan 4 strategi utama BKBT. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.
Perasmian Pembukaan dan Kata-Kata Aluan oleh Dato' Seri Setia Raja,
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Penceramah, En.Roslan B. Ludin sedang menyampaikan salah satu daripada
4 strategi utama BKBT iaitu Hubungan yang Harmoni.

Suasana ketika bengkel sedang berlangsung

 Para peserta tekun mendengar taklimat yang
sedang disampaikan oleh penceramah.





 
       












     

Monday 11 April 2011

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

12 April 2011- Selasa jam 8.30 Pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan New Pacific Hotel Kota bharu. Seramai 350 orang calon akan mengambil ujian. dibahagikan kepada 3 bahagian dan ditempatkan di dewan yang berlainan. Di Dewan Ballroom, seramai 150 orang calon. Ketua pengawas ialah Ybrs Encik Azhar b. Hassan dan pengawas ialah Wan Mohd Rozany, Siti Suhaila, Siti Muniran dari PSM, Jismi dari  dan Mohd kifli JKR Bachok. Di Dewan Blue Pacific seramai 100 calon dan ketua pengawas ialah YBrs. Encik Ayub b. Harun (Pengurusan Korporat) dan pengawas adalah Mohd Badrul, Mohd Shawal dan mohd faisal. Di Dewan Green Pacific seramai 100 calon dan ketua pengawas ialah YBrs. Encik Ahmad Irfan b. Ismail (Unit Integriti) dan pengawas ialah Nik Mohd Nabil, Rahim dan Mohd saudin.

Wednesday 6 April 2011

Pehimpunan Bulanan SUK Bulan 4/2011

Amanat dari Menteri Besar supaya pihak pengurusan Di Kota darul Naim bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberikan dan tidak melakukan rasuah. Selain itu, isu judi juga menjadi tajuk syarahan beliau yang mengatakan yang judi tetap haram.

Tuesday 22 March 2011

LAB BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI - PC 2011

Lab Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT) telah dilaksanakan pada 21 - 23 Mac 2011 bertempat di Intan Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu, bagi kumpulan pengurusan dan Profesional  yang bertugas dalam Kompleks Kota Darulnaim. Lab ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta, 8 orang tidak hadir, seramai 4 orang pembentang dan 8 orang urusetia termasuk fasilitator.

Objektif utama Lab BKBT ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai empat (4) Teras Strategik Utama dalam pelaksanaan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Ke Arah Pengurusan Cemerlang 2011. Empat (4) Teras Strategik yang dimaksudkan iaitu Pengukuhan Nilai Dan Etika, Hubungan Majikan dan Pekerja  yang Harmoni, Persekitaran Kerja yang Kondusif dan Perkhidmatan Berfokuskan Pelanggan. 

Selain itu, lab ini juga bertujuan untuk melahirkan warga kerja yang mampu memberi keberhasilan kerja (Outcome) yang melebihi ekspektasi pelanggan/stakeholder dan mencapai Pengurusan Cemerlang dalam Tahun 2011. Objektif ini amatlah bersesuaian dengan moto Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan 2012 -2016 iaitu "OUTCOME" yang akan dilaksanakan di Pejabat SUK Kelantan.

Melalui lab ini, kita dapat mencungkil idea-idea di kalangan pegawai-pegawai bagi meningkatkan prestasi kerja masing-masing menerusi sesi Bengkel dan Sesi Pembentangan. Selain itu, Lab BKBT ini juga telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk bertukar pendapat dan pandangan dalam usaha membentuk jabatan/bahagian/unit masing-masing ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.

Harapan dan impian menerusi lab ini agar semua pegawai dapat menggunakan sebaik mungkin ilmu-ilmu yang diperolehi disepanjang lab ini berlangsung. Ini kerana, dalam usaha memastikan Pengurusan Pejabat SUK Negeri Kelantan berada pada tahap kecemerlangan melalui penerapan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT) kita perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan pemantauan yang berterusan dalam setiap perkara yang kita lakukan untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja bagi pencapaian Pengurusan Cemerlang dalam tahun 2011.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pegawai kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam memastikan lab ini berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pihak Intan Wilayah Timur (INTIM) kerana telah memberikan komitmen yang penuh kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjayakan program Bengkel Budaya Kerja Berprestas Tinggi- Pengurusan Cemerlang (BKBT-PC 2011) Siri 3/2011.

Wednesday 16 March 2011

LAB PENYELARASAN PEMGUKURAN PRESTASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN



Lab penyelarasan pengukuran Prestasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah di adakan pada 11 hb. hingga 13 hb. Mac yang lepas bertempat di Hotel Rosa Passadena, Cameron Hihglands. Lab ini telah di hadiri oleh semua "Desk Officer" / PIC pengukuran prestasi semua bahagian dan unit pejabat SUK Kelantan. Lab ini bertujuan untuk membuat penyelarasan pengukuran prestasi, di mana selama ini tiga kaedah yang di gunakan ia itu KPI by SCORE CARD, SKT ( Sasaran Kerja Tahunan ) dan My Prestasi. Hasilnya satu kesepakatan dicapai dimana bengkel tersebut mencadangkan supaya hanya My Prestasi di guna pakai sebagai kaedah pengukuran prestasi Pejabat SUK Kelantan. Semua element yang ada dalam KPI dan SKT akan di terapkan kedalam My Prestasi.

Unit Audit QE datang buat pemeriksaan di BPSM 15/3/2011

Tahniah diucapkan kepada semua warga BPSM kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan pejabat BPSM. ucapan tahniah juga diucapkan kepada En. Khairul kerana mendapat pujian daripada ketua audit QE kerana tempat beliau sangat kemas dan tersusun.

Thursday 10 March 2011

Majlis perpisahan pelajar praktikum

Semua warga BPSM Suk kelantan dialukan untuk menghadiri jamuan yang disediakan oleh Munirah. jamuan ini adalah untuk maraikan nabilah dari usm p.penang dan suriati dari kolej uiam kerana dapat menamatkan latihan praktikal di sini. warga BPSM mengucapkan semoga latihan yang diberikan dapat dimanfaatkan.

Alqami

Mad


Munirah
Nabilah
Suriati
Shahrul
suhaila
syafiq boboy
wan rozany
warga BPSM